Sabtu, 27 Jun 2009

Hari Koperasi Sekolah


Hari ini telah berlangsung Hari Koperasi peringkat sekolah. Pelbagai gerai jualan menjual makanan yang diusahakan oleh para pelajar dengan pemantauan para guru. Tahniah kepada semua usahawan muda. Pelbagai pertandingan juga telah diadakan seperti pertandingan melukis dan mewarna. Tahniah kepada semua pemenang
*Gambar disumbangkan oleh KB Kemanusiaan.

Rabu, 17 Jun 2009

Minggu Pusat Sumber

Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, AJK Kerja PSS telah merangka pelbagai program untuk Minggu PSS yang akan berlangsung Julai nanti....
Antara aktviti yang akan dilaksanakan ialah
1. Teka silangkata PSS
2. Pertandingan Menulis Khat
3. Pertandingan Buku Skrap
4. Mencari Perkataan
5. Spell it Right
6. Kuiz Kesihatan
7. Pertandingan Melukis Poster
Serta pelbagai lagi aktiviti yang menarik

Teknik Menjawab Soalan

Bahagian Akademik telah merangka program teknik menjawab soalan SPM dan PMR bermula 23 Jun 2009 yang akan diselenggarakan aktivitinya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama semua panitia.

Hari Koperasi dan Kokurikulum

Hari Koperasi dan kokurikulum akan diadakan pada 27 Jun 2009. Pelbagai aktiviti telah dirancang. Antaranya ialah gerai jualan yang diselenggarakan oleh pelbagai persatuan akademik dan beruniform. Malah terdapat juga pelbagai pertandingan yang akan berlangsung. Semua warga SMKSJ dialu-alukan untuk mengambil bahagian.

Selasa, 16 Jun 2009

Bengkel Membina Blog PSS



Bengkel membina Blog PSS telah diadakan pada 17 jun 2009 di SMK Bandar Baru Serting. Kursus ini telah dihadiri oleh 15 orang GPM kawasan PKG Bahau. En. Suhaimi dari PKG Bahau telah menjadi pemudahcara dalam menjayakan bengkel ini.