Jumaat, 31 Julai 2009

Majlis Penutup Bulan PSS

Pagi ini telah berlangsung majlis penutup Bulan PSS yang disempurnakan oleh tuan Pengetua Tn Haji Mohd Som Abd Hamid. Penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua AJK kerja yang bertungkus lumus menjayakan Bulan PSS dan Bulan Kecergasan 2009

Rabu, 22 Julai 2009

BULAN PSS DAN BULAN KECERGASAN

Pada Jumaat 10 Julai 2009 Bulan PSS dan Bulan Kecergasan SMKSJ telah berlangsung dengan jayanya yang dirasmikan oleh GPK 1 Pn Faridah bt Sulan.

Pelbagai acara telah berlangsung dan akan berlangsung sepanjang bulan ini.

Antaranya ialah:

1. Pertandingan Teka Silang Kata
2. Pertandingan Tulisan Khat dan Mewarna
3. Kuiz PSS
4. Pertandingan Mencari perkataan
5. Senamrobik
6. Futsal dan bola jaring
7. Kuiz Kesihatan
8. Ceramah Kesihatan
9. Pameran buku pss