Jumaat, 31 Julai 2009

Majlis Penutup Bulan PSS

Pagi ini telah berlangsung majlis penutup Bulan PSS yang disempurnakan oleh tuan Pengetua Tn Haji Mohd Som Abd Hamid. Penyampaian hadiah kepada semua pemenang telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua AJK kerja yang bertungkus lumus menjayakan Bulan PSS dan Bulan Kecergasan 2009

Rabu, 22 Julai 2009

BULAN PSS DAN BULAN KECERGASAN

Pada Jumaat 10 Julai 2009 Bulan PSS dan Bulan Kecergasan SMKSJ telah berlangsung dengan jayanya yang dirasmikan oleh GPK 1 Pn Faridah bt Sulan.

Pelbagai acara telah berlangsung dan akan berlangsung sepanjang bulan ini.

Antaranya ialah:

1. Pertandingan Teka Silang Kata
2. Pertandingan Tulisan Khat dan Mewarna
3. Kuiz PSS
4. Pertandingan Mencari perkataan
5. Senamrobik
6. Futsal dan bola jaring
7. Kuiz Kesihatan
8. Ceramah Kesihatan
9. Pameran buku pss

Sabtu, 27 Jun 2009

Hari Koperasi Sekolah


Hari ini telah berlangsung Hari Koperasi peringkat sekolah. Pelbagai gerai jualan menjual makanan yang diusahakan oleh para pelajar dengan pemantauan para guru. Tahniah kepada semua usahawan muda. Pelbagai pertandingan juga telah diadakan seperti pertandingan melukis dan mewarna. Tahniah kepada semua pemenang
*Gambar disumbangkan oleh KB Kemanusiaan.

Rabu, 17 Jun 2009

Minggu Pusat Sumber

Tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, AJK Kerja PSS telah merangka pelbagai program untuk Minggu PSS yang akan berlangsung Julai nanti....
Antara aktviti yang akan dilaksanakan ialah
1. Teka silangkata PSS
2. Pertandingan Menulis Khat
3. Pertandingan Buku Skrap
4. Mencari Perkataan
5. Spell it Right
6. Kuiz Kesihatan
7. Pertandingan Melukis Poster
Serta pelbagai lagi aktiviti yang menarik

Teknik Menjawab Soalan

Bahagian Akademik telah merangka program teknik menjawab soalan SPM dan PMR bermula 23 Jun 2009 yang akan diselenggarakan aktivitinya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama semua panitia.

Hari Koperasi dan Kokurikulum

Hari Koperasi dan kokurikulum akan diadakan pada 27 Jun 2009. Pelbagai aktiviti telah dirancang. Antaranya ialah gerai jualan yang diselenggarakan oleh pelbagai persatuan akademik dan beruniform. Malah terdapat juga pelbagai pertandingan yang akan berlangsung. Semua warga SMKSJ dialu-alukan untuk mengambil bahagian.

Selasa, 16 Jun 2009

Bengkel Membina Blog PSS



Bengkel membina Blog PSS telah diadakan pada 17 jun 2009 di SMK Bandar Baru Serting. Kursus ini telah dihadiri oleh 15 orang GPM kawasan PKG Bahau. En. Suhaimi dari PKG Bahau telah menjadi pemudahcara dalam menjayakan bengkel ini.

ALBUM PSS

PANORAMA PSS

PENCAPAIAN PSS

PENCAPAIAN PSS

KEMUDAHAN PSS


Pusat Akses




Bilik Audio










Perpustakaan

PROGRAM/ AKTIVITI PSS

Minggu Pusat Sumber akan berlangsung pada bulan Julai nanti

PROGRAM NILAM

NILAM

CARTA ORGANISASI JKPSS

Carta Organisasi JK Kerja PSS
Penasihat:
Tuan Haji Mohd Som Abd Hamid
(Pengetua)
Pengerusi
Pn. Faridah bt Sulan
(GPK1)

OBJEKTIF

OBJEKTIF:

1. Mengumpul, menyimpan dan mengedar semua maklumat

2. Mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran
3. Menawarkan khidmat runding dan nasihat
4. Membina program-program media untuk pengajaran dan pembelajaran

Matlamat

MATLAMAT:

Mempertingkat mutu pendidikan sekolah
Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamik, kreatif dan inovatif imaginattif dan berdisiplin untuk membantu pembinan sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama
Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik, kreatif dan berdisiplin
Merapatkan jurang perbezaan kemudahan-kemudahan pendidikan antara sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah bandar.

VISI DAN MISI

VISI
SMKSJ Cemerlang dan Terbilang Menjelang 2012
MISI
Ke Arah Meningkatkan Pendidikan Berkualiti Menerusi Pemuafakatan Antara Pengurusan Akadmik dan Kokurikulum secara berterusan

Sejarah PSS


Pusat Sumber SMK Seri Jempol telah ditubuhkan sejak pada awal tahun 2002. Sejak dari tarikh ini PSS sekolah ini telah mula menampakkan perkembangan yang positif mengikut kemampuan dan tenaga kerjanya. Pusat Sumber ini terletak di tingkat atas blok pentadbiran yang turut menempatkan bilik audio visual, perpustakaan dan bilik bahan. Penyelaras Pusat Sumber pertama merupakan Pn Zabariah bt Aziz dari tahun 2002 sehingga 2003 dan diganti dengan Puan Salwana Karim sehingga 2004. Bermula dari tahun 2005 apabila jawatan Guru Perpustakaan dan Media diwujudkan secara rasmi maka tanggung jawab itu diberikan kepada Cik Masrizayu bt Mustafa sehinggalah kini.